SENARAI BERITA

Premis dapur asrama, kantin SMK Seri Bintang Utara ditutup sementara

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Premis dapur asrama dan kantin Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bintang Utara ditutup sementara di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 bagi tujuan siasatan lanjut dan disinfeksi.

Bangunan lama Hospital Alor Gajah dinaik taraf

ALOR GAJAH, 25 Sept (Bernama) -- Kementerian Kesihatan memperuntukkan RM1.5 juta bagi melaksanakan kerja-kerja menaik taraf bangunan lama Hospital Alor Gajah untuk dijadikan Jabatan Pesakit Luar, kata Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye.

Hentikan penjualan produk dengan tuntutan perubatan meragukan -- KKM

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini menasihatkan syarikat-syarikat yang tidak beretika dengan meletakkan label produk mereka dengan tuntutan perubatan yang meragukan untuk menghentikannya serta merta.


Jangan abai elemen insan dalam sektor penjagaan kesihatan - Sultan Nazrin Shah

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah bertitah elemen insan dalam penjagaan kesihatan tidak boleh diabaikan walaupun perlu “melabur” dalam Kecerdasan Buatan (AI), dan dalam kecanggihan peranti dan teknologi lain yang membawa tranformasi sektor perubatan. 


Persidangan penyelidikan klinikal perkukuh kesihatan digital

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Persidangan Kebangsaan bagi Penyelidikan Klinikal (NCCR) (NCCR) ke-12 yang bermula hari ini mengumpulkan pakar-pakar perubatan dan penyelidik bertujuan memahami bagaimana teknologi digital memberi impak kepada sistem penyampaian penjagaan kesihatan rakyat Malaysia dan meningkatkan hasil kajian ke atas pesakit.

KKM : Kematian akibat keracunan metanol meningkat 33 orang

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) --  Jumlah terkini kematian disebabkan meminum arak mengandungi metanol meningkat kepada 33 orang sehingga 12 tengah hari semalam. 


Arak tanpa piawaian dan arak tiruan antara punca keracunan alkohol

IPOH, 23 Sept (Bernama) -- Tindakan memproses sendiri arak tanpa mengikut kawalan kualiti dan pengambilan arak tiruan merupakan antara punca keracunan methanol di Lembah Klang dan Perak, kata Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye.

Kematian akibat keracunan alkohol meningkat 37 orang setakat 10 malam 

KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) – Jumlah terkini kematian akibat keracunan alkohol di seluruh negara meningkat 37 orang setakat pukul 10 malam ini, dengan 24 kes di Selangor, 10 di Kuala Lumpur dan 3 di Perak.

Polis tunggu ujian darah untuk pengesahan dua maut akibat keracunan alkohol

SEREMBAN, 23 Sept (Bernama) – Polis masih menunggu laporan ujian darah bagi pengesahan sama ada dua kes kematian yang diterima di negeri ini berpunca daripada keracunan alkohol.

Lebih 45 peratus penduduk Pahang berdepan masalah kegemukan

Lebih 45 peratus daripada dua juta penduduk di Pahang berdepan masalah kegemukan yang boleh menyebabkan mereka menghadapi gangguan kesihatan, kata Pengarah Kesihatan Pahang Datuk Dr Sha'ari Ngadiman.




HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018