SENARAI BERITA

Malaysia perlukan 8,000 lagi Pakar Perubatan Keluarga

GEORGE TOWN, 21 Okt -- Malaysia masih memerlukan sekurang-kurangnya 8,000 lagi Pakar Perubatan Keluarga (FMS) bagi memenuhi keperluan rakyat dengan nisbah sasaran satu FMS untuk 4,000 penduduk.  


Kerajaan dalam proses penilaian berkaitan undang-undang kesalahan bunuh diri - Dr Wan Azizah

SERENDAH, 21 Okt -- Kerajaan sedang dalam proses penilaian dan perbincangan dengan pihak berkaitan bagi mengkaji keperluan meminda undang-undang berhubung kesalahan bunuh diri, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. 


Lee minta ahli parlimen bangkitkan isu kesihatan mental

KUALA LUMPUR, 20 Okt -- Ahli Majlis Penasihat Promosi Kesihatan Mental, Tan Sri Lee Lam Thye meminta ahli parlimen untuk memberi perhatian serius terhadap isu-isu kesihatan mental di negara ini dan menggesa kerajaan memansuhkan undang-undang yang menganggap perbuatan cuba membunuh diri sebagai kesalahan jenayah.


JKKP terima 7,258 kes penyakit, keracunan pekerjaan tahun lepas

ALOR SETAR, 20 Okt -- Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) menerima sebanyak 7,258 laporan berkaitan penyakit dan keracunan pekerjaan membabitkan pekerja pelbagai sekor, terutama perkilangan dan pembinaan pada tahun lepas.


IR4.0: Peranan ahli farmasi masih relevan, tidak akan diganti

SEREMBAN, 20 Okt -- Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) tidak akan menggantikan profesion ahli farmasi memandangkan bidang itu masih memerlukan sentuhan manusia, kata Pengarah Bahagian Regulatori Farmasi Negara, Kementerian Kesihatan Datin Dr Faridah Aryani Md Yusof.  


Ketahui kepada siapa untuk minta bantuan tangani isu kesihatan mental

KUALA LUMPUR, 19 Okt -- Mereka yang menghadapi masalah kesihatan mental perlu tahu kepada siapa untuk meminta bantuan bagi menanganinya dan dalam hubungan ini,  Pusat Pakar Universiti Malaya (UMSC) sentiasa bersedia untuk membantu.   


Doktor udara diperkenal semula di Sabah - Mohd Shafie

KUDAT, 19 Okt -- Perkhidmatan doktor udara di Sabah yang ditamatkan pada 2016 akan diperkenalkan semula berikutan terdapatnya keperluan rawatan dan kesihatan untuk penduduk di kawasan luar bandar yang jauh dari klinik dan hospital.


Punca sebenar kematian lelaki di Manjung akan disiasat - KKM

KOTA BHARU, 19 Okt -- Kementerian Kesihatan sedang mengenal pasti punca sebenar kematian seorang lelaki berusia 30 tahun di Manjung, Perak, semalam, yang dilaporkan akibat dijangkiti virus Zika.


Wabak Ebola di Congo masih dikategori kecemasan kesihatan awam: WHO

GENEVA, 19 Okt -- Wabak Ebola yang melanda Congo, masih dikategori sebagai kecemasan kesihatan awam, meskipun jumlah kes berkurangan sepanjang minggu lalu, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Jumaat.

Pegawai APMM maut akibat Zika sedang ikuti kursus pasukan khas

KUANTAN, 19 Okt -- Pegawai Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) yang meninggal dunia semalam akibat dijangkiti virus Zika, sedang mengikuti kursus latihan pasukan khas agensi itu ketika jatuh sakit.




HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2