SENARAI BERITA

Siasat segera punca pencemaran air - ADUN Paloh

Pihak terbabit digesa menyiasat segera air sungai dan tadahan bukit yang menjadi sumber keperluan Orang Asli di Kampung Kuala Koh di sini, yang dikhuatiri tercemar dengan bahan kimia dari kawasan lombong bijih besi berhampiran. 

Jangkitan paru-paru: Seorang lagi Orang Asli meninggal dunia - Supt Mohd Taufik

GUA MUSANG, 9 Jun (Bernama) -- Seorang lagi penduduk Orang Asli, Kampung Kuala Koh, di sini yang mempunyai tanda-tanda jangkitan kuman di saluran pernafasan meninggal dunia pagi ini menjadikan jumlah yang meninggal dunia akibat penyakit itu tiga orang setakat ini.


China perkemas kelulusan untuk rawat Hepatitis C

BEIJING, 8 Jun (Bernama) -- Wang Fang, seorang jururawat di bandar Guangzhou yang terletak di selatan China, telah dijangkiti virus Hepatitis C (HCV) sejak 25 tahun lalu dan penyakitnya itu sembuh dalam tempoh lapan minggu selepas dirawat dengan sejenis ubat baharu, lapor agensi berita Xinhua.

Lima maut akibat denggi di Negeri Sembilan

SEREMBAN, 7 Jun (Bernama) --  Lima orang maut akibat denggi daripada 1,059 kes yang dilaporkan di Negeri Sembilan pada minggu ke-22 sehingga Sabtu lepas.  kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri S. Veerapan.


Golongan B40 di Kedah digesa segera rebut manfaat PeKa B40

ALOR SETAR, 4 Jun (Bernama) -- Penerima Bantuan Sara Hidup berusia 50 tahun dan ke atas di Kedah, digesa supaya segera merebut manfaat Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40) yang diperkenalkan sejak 15 April lepas.


Kegagalan buah pinggang: Wanita lebih cenderung dari lelaki

KUALA LUMPUR, 3 Jun (Bernama) -- Wanita didapati lebih cenderung untuk menghidapi penyakit buah pinggang yang kronik (CKD) berbanding lelaki.


Sambut Aidilfitri dengan cara hidup sihat, kebersihan diri - KP Kesihatan

Orang ramai dinasihat untuk mengamalkan cara hidup sihat dan amalan kebersihan diri yang baik bagi memastikan musim perayaan dan cuti sekolah dinikmati dengan sempurna.


AADK sasar sifar pemandu bas ekspres terlibat dadah

KUALA LUMPUR, 1 Jun (Bernama) -- Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menyasarkan sifar penglibatan pemandu bas ekspres dengan penyalahgunaan dadah terutama pada musim perayaan Aidilfitri tahun ini.


Qualitas sasar membuka 200 klinik baharu pada 2022

PETALING JAYA, 30 Mei (Bernama) -- Qualitas Medical Group merancang mengembangkan rangkaian klinik globalnya dengan pembukaan 200 lagi klinik, menjadikan jumlahnya 500 buah klinik menjelang 2022.

Rabies: satu kes jangkitan terbaru direkodkan di Sarawak

KUCHING, 30 Mei (BERNAMA) -- Sarawak merekodkan satu lagi kes rabies dalam kalangan manusia yang melibatkan seorang lelaki berusia 26 tahun, menjadikan kes jangkitan rabies 17 kes termasuk 16 kematian.




HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018