IPOH, 25 Mei (Bernama) -- Kementerian Kesihatan akan mengambil tindakan undang-undang ke atas pengamal perubatan warga asing yang tidak berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia dan mengusahakan klinik atau farmasi secara haram di negara ini.
KUALA LUMPUR, 25 Mei (Bernama) -- Lebih 66 peratus daripada 55,000 pesakit buah pinggang kronik yang menjalani rawatan dialisis berpunca daripada penyakit kencing manis, kata Ketua Jabatan Nefrologi Hospital Tuanku Jaafar, Seremban, Negeri Sembilan Dr Lily Mushahar.
MELAKA, 24 Mei (Bernama) -- Sebanyak tujuh projek bagi meningkat mutu perkhidmatan kesihatan kepada rakyat di negeri ini melibatkan peruntukan berjumlah RM115.3 juta akan dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11), kata Exco Kesihatan dan Anti Dadah Melaka, Low Chee Leong.
KUALA LUMPUR, 23 Mei (Bernama) -- Kementerian Kesihatan hari ini membatalkan notifikasi terhadap 12 produk kosmetik yang dikesan mengandungi racun berjadual.
Jabatan Kesihatan Labuan melakukan pemeriksaan di bazar-bazar Ramadan sepanjang bulan umat Islam berpuasa bagi mengumpul sampel makanan untuk dianalisis keselamatannya.
KUALA LUMPUR, 23 Mei (Bernama) -- Aktivis sosial dan penaung Persatuan Psikiatri Malaysia Tan Sri Lee Lam Thye menggesa Kementerian Kesihatan memberi fokus kepada lebih ramai pengamal perubatan dan mencadangkan agar liputan insurans disediakan bagi rawatan dan penjagaan kesihatan mental.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan dakwaan yang tular di sosial media mengenai seorang rakyat Malaysia di Singapura dijangkiti penyakit 'monkeypox' atau cacar monyet.
JOHOR BAHRU, 21 Mei (Bernama) -- Tiada kes jangkitan monkeypox dikesan di negeri ini setakat hari ini.
Jabatan Kesihatan Sabah mengambil tindakan segera dalam mengatasi masalah kebocoran bangunan di Hospital Queen Elizabeth (HQE), di sini, yang menyebabkan air memasuki beberapa bahagian hospital berkenaan termasuk bilik bedah ketika hujan lebat minggu lepas.
IPOH, 19 Mei (Bernama) -- Hampir 6,000 pesakit yang layak menerima Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40) telah membuat saringan kesihatan di klinik-klinik yang terlibat setakat ini.
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN