SENARAI BERITA

Kes demam denggi di Melaka meningkat 248 peratus

MELAKA, 19 Mac (Bernama) -- Kes demam denggi di negeri Melaka meningkat sebanyak 248 peratus kepada 463 kes dalam tempoh 1 Jan hingga semalam berbanding tempoh sama pada tahun lepas, kata Exco Kesihatan dan Antidadah Melaka Low Chee Leong.


Keberkesanan bekam basah rawat penyakit akan dikaji - Dzulkefly

KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- Kementerian Kesihatan  akan menjalankan kajian berhubung keberkesanan kaedah bekam basah dalam merawat diabetes dan penyakit kardiovaskular seawal-awalnya tahun depan, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.


Rompin catatkan bacaan IPU kurang sihat

KUANTAN, 18 Mac (Bernama) -- Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Rompin mencatatkan bacaan kurang sihat apabila merekodkan IPU 176 sehingga pukul 6 petang tadi.


Insiden pembuangan sisa kimia di Sungai Kim Kim, 'membuka mata' semua

PONTIAN, 18 Mac (Bernama) -- Insiden pembuangan sisa kimia di Sungai Kim Kim sehingga menyebabkan pencemaran dan menjejaskan kesihatan orang ramai, sepatutnya ‘membuka mata’ bukan sahaja kepada pihak berkuasa dan pemain industri tetapi juga masyarakat secara amnya. 


119 pesakit dibenarkan pulang setelah dapat rawatan di HSA, HSI

JOHOR BAHRU, 18 Mac (Bernama) -- Seramai 119 orang telah dibenarkan pulang setelah mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan Hospital Sultan Ismail (HSI) setakat 12 tengah malam tadi, ekoran pencemaran sisa kimia di Sungai Kim Kim, 12 hari lepas.


KKM gesa orang ramai henti guna kapsul 'Nan Bao'

KUALA LUMPUR, 18 Mac (Bernama) -- Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menggesa orang awam supaya tidak menggunakan produk tradisional 'Nan Bao Capsule' yang dikesan mengandungi racun berjadual sildenafil dan tadalafil.


Pencemaran bahan kimia di Sungai Kim-Kim, 29 dapatkan rawatan di Kuala Terengganu

KUALA TERENGGANU, 17 Mac (Bernama) -- Seramai 29 penduduk yang tinggal di Pasir Gudang, Johor, mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, antaranya sejak Khamis lepas, setelah mengalami pelbagai simptom akibat pencemaran sisa bahan kimia di Sungai Kim Kim.


Gas hidrogen sianida tidak seteruk sianida

JOHOR BAHRU, 17 Mac (Bernama) -- Gas hidrogen sianida yang dikesan dari pencemaran sisa bahan kimia di Sungai Kim Kim adalah sianida yang terhasil akibat tindak balas bahan pembuangan itu dan kesannya tidak seteruk sianida asli, kata Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor Datuk Yahaya Madis.


Proses pembersihan 1.5km Sungai Kim Kim selesaiĀ 

JOHOR BAHRU, 17 Mac (Bernama) -- Proses pembersihan sepanjang 1.5 km Sungai Kim Kim yang dimulakan sejak Rabu lepas, ekoran pembuangan sisa kimia, sudah selesai hari ini.


Polis tingkatkan rondaan di sekitar Pasir Gudang

JOHOR BAHARU, 17 Mac (Bernama) -- Polis menambah jumlah kekerapan rondaan bagi meningkatkan kawalan keselamatan terhadap rumah yang ditinggalkan oleh penduduk sekitar Pasir Gudang.




HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018