SENARAI BERITA

Larangan merokok: perokok diberi amaran dalam tempoh enam bulan

KAMPAR, 5 Nov (Bernama) -- Kementerian Kesihatan akan menggunakan pendekatan  memberi amaran terlebih dahulu kepada perokok dalam tempoh enam bulan selepas larangan merokok di semua premis makanan dikuatkuasakan mulai 1 Jan depan.

Produk kesihatan beracun dirampas di lima negeri

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) – Kementerian Kesihatan telah merampas pelbagai produk kesihatan yang tidak berdaftar serta dicampurpalsu dengan racun Sildenafil dan Tadalafil yang dianggarkan bernilai RM300,000 dalam serbuan di lapan buah premis di lima negeri, pada Khamis lepas.


KKM ikrar urus peruntukan sebaik mungkin

SHAH ALAM, 3 Nov (Bernama) - - Kementerian Kesihatan berikrar untuk menggunakan peruntukan berjumlah RM29 bilion yang diumumkan dalam Belanjawan 2019 sebaik mungkin, supaya kualiti penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada rakyat akan dapat dipertingkatkan.


Jabatan Kesihatan Kelantan kenal pasti klinik, hospital berisiko terjejas banjir

TANAH MERAH, 3 Nov (Bernama) -- Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan telah mengenal pasti semua klinik dan hospital yang berisiko ditenggelami banjir di negeri ini sebagai langkah persiapan menghadapi sebarang kemungkinan sepanjang musim tengkujuh.

Cadangan perkenal Duti Eksais ke atas minuman bergula bantu rakyat amal gaya hidup lebih sihat

PONTIAN, 3 Nov (Bernama) -- Cadangan kerajaan untuk memperkenalkan duti eksais ke atas dua kategori minuman bergula dikilangkan dalam bentuk pembungkusan yang sedia diminum mulai 1 April 2019, disifatkan langkah tetap arah memupuk gaya hidup lebih sihat.


Dr Mahathir cadang pejabat kerajaan, swasta peruntuk 15 minit buat senaman

SHAH ALAM, 3 Nov (Bernama) -- Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan agar kakitangan pejabat kerajaan mahupun swasta memperuntukkan masa selama 15 minit melakukan aktiviti senaman sebagai budaya mengamalkan gaya hidup sihat.


Dana perlindungan kesihatan bagi golongan B40 bermula tahun depan  

Kerajaan akan memperkenalkan Dana Perlindungan Kesihatan Nasional untuk golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40) dalam usaha memperkukuh jaringan perlindungan kesihatan golongan itu, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.


Penggunaan produk ganja bagi tujuan perubatan dibenarkan di Britain

Produk ganja perubatan telah dibenarkan di bawah keadaan tertentu di Britain pada Khamis, dengan lebih 80,000 doktor pakar layak untuk memberikan produk berasaskan ganja.

Penuntut perubatan disaran tingkatkan kemahiran berkomunikasi

SUNGAI BULOH, 2 Nov (Bernama) – Penuntut perubatan di negara ini disaran meningkatkan kemahiran berkomunikasi sebagai persediaan mereka melangkah ke alam kerjaya.

Rujuk doktor, jangan terlalu percaya ubat di pasaran - Raja Perlis

Kewujudan KPJ Perlis ini memudahkan rakyat Perlis mendapatkan perkhidmatan kesihatan yang lebih baik  tanpa perlu ke hospital pakar swasta di negeri-negeri lain.



HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018