SENARAI BERITA

Tiga pusat kesihatan mental masyarakat disediakan di Perak  

Antara program rehabilitasi yang dijalankan untuk pesakit mental adalah kemahiran penyelesaian masalah, menjalani proses pengurusan terapi secara berkumpulan, aktiviti kecergasan fizikal, latihan kemahiran sosial serta memberi pendedahan kepada pesakit menerusi pendidikan kesihatan mental.

Penutupan Sekolah Akibat Kluster Beguk (mumps) di Selangor

KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum tentang laporan oleh beberapa portal berita atas talian berkenaan penutupan dua buah sekolah di Kajang dan Gombak akibat kluster beguk (mumps) dan kenyataan media oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bertarikh 25 Oktober 2018. 

Pihak KKM ingin memaklumkan bahawa, kejadian kluster beguk di kalangan pelajar di sebuah sekolah di Kajang telah dilaporkan pada 14 Ogos 2018. Tindakan kawalan dan pencegahan telah dijalankan termasuk pengasingan pelajar dan pendidikan kesihatan sejak kluster ini dilaporkan. Namun begitu, masih berlaku penularan jangkitan akibat pergaulan pelajar yang berterusan, walaupun arahan pengasingan kes telah diberikan. Penutupan sekolah dari 23 Oktober 2018 hingga 9 November 2018 adalah sebagai salah satu langkah memutuskan rangkaian jangkitan beguk. Manakala pelaporan kejadian sama di sebuah sekolah di Gombak pula diterima pada 16 Oktober 2018 dan sekolah ditutup dari 24 Oktober 2018 hingga 6 November 2018 untuk tujuan yang sama. Semua pelajar yang terlibat dari kedua – dua sekolah ini berada dalam keadaan stabil dan telah mendapatkan rawatan.

Pesakit osteoporosis Malaysia berpeluang guna terapeutik baharu

Pilihan terapeutik baharu ini, yang sudah boleh diperoleh di 15 negara di seluruh dunia, menyediakan pengurangan risiko retakan standard emas dan menawarkan profil keselamatan gastrousus atas yang lebih baik daripada yang dilaporkan untuk tablet alendronate. 

Produk kesihatan, kosmetik bernilai RM55,298.80 dirampas di P.Pinang

BUKIT MERTAJAM, 25 Okt (Bernama) -- Jabatan Kesihatan Negeri merampas 1,198 pelbagai produk kesihatan dan kosmetik bernilai RM55,298.80 dalam lima serbuan di Pulau Pinang hari ini.


Wabak beguk: Dua sekolah di Selangor ditutup sementara

KUALA LUMPUR, 25 Okt (Bernama) – Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Kajang dan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Integrasi Gombak ditutup buat sementara waktu ekoran jangkitan wabak beguk.


Bekalan ubat untuk pesakit Hepatitis C adalah mencukupi - KKM

KUALA LUMPUR, 25 Okt (Bernama) -- Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini memaklumkan stok bekalan ubat untuk semua pesakit Hepatitis C yang sedang menerima rawatan adalah mencukupi.


Merokok, ketagihan yang membunuh

Oleh Fadzli Ramli

Masyarakat tidak boleh memandang ringan akan bahaya merokok kerana ia satu ketagihan yang boleh membunuh bukan sahaja perokok itu sendiri tetapi juga orang di sekeliling mereka terutama anggota keluarga khususnya anak-anak.

Industri peranti perubatan perlu guna teknologi baru untuk kekal berdaya saing - MIDA

KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) – Peserta industri peranti perubatan, terutamanya syarikat tempatan, digesa supaya menggunakan strategi dan teknologi baru untuk kekal berdaya saing.

KKM kemuka permohonan peruntukan RM30 bilion dalam Belanjawan 2019

KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) – Kementerian Kesihatan (KKM) mengemukakan​​​​​ permohonan ​​​​peruntukan mengurus dan pembangunan sebanyak RM30 bilion dalam Belanjawan 2019, kata Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye.


Malaysia perlu 700 pakar geriatrik untuk warga emas - pakar UMSC

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) – Malaysia kini mempunyai 35 pakar geriatrik berdaftar dengan Daftar Pakar Kebangsaan, kata pakar geriatrik Pusat Pakar UM (UMSC) Dr Tan Kit Mun, walaupun sebenarnya memerlukan antara 600 dan 700 pakar berkenaan untuk menjaga penduduk berumur.



HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018