SIBU, 8 Feb -- Analisis penjujukan genom COVID-19 menunjukkan varian yang menjangkiti rakyat Sarawak kini berbeza dengan yang dikesan pada bulan Mac hingga April tahun lepas, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak, Datuk Seri Dr Sim Kui Hian.
KUALA LUMPUR, 8 Feb -- UEM Edgenta Bhd memperkenalkan set holistik penyelesaian perniagaan COVID-19 yang menumpukan kepada keselamatan dan kesihatan di tempat kerja sejajar dengan sasarannya untuk menyediakan penyelesaian gred tinggi kepada pelanggan sedia ada dan yang berpotensi.
KUALA LUMPUR, 8 Feb -- Ekonomi Malaysia dijangka mula pulih dan sektor hartanah akan kembali mencatat pertumbuhan pada separuh kedua 2021, selepas program vaksinasi secara besar-besaran mula dilaksanakan.
KUALA LUMPUR, 7 Feb -- Kerajaan perlu memberi keutamaan untuk mewujudkan sistem indemniti atau ganti rugi bagi membantu meningkatkan keyakinan orang ramai terhadap program imunisasi COVID-19 negara, kata Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat Tan Sri Lee Lam Thye.
Oleh Melati Mohd Ariff
Berikut adalah rangkuman TERKINI mingguan mengenai COVID-19 dan perkara yang berkaitan di Malaysia serta di peringkat dunia dari 30 Jan hingga pukul 8:30mlm 5 Feb 2021.
Jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia melebihi 230 ribu. Di peringkat global, hampir 105 juta kes dilaporkan dengan lebih 2.2 juta kematian. Lebih 77 juta pesakit COVID-19 dilaporkan sembuh. Pandemik COVID-19 sudah merebak ke 216 buah negara dan wilayah.
KUALA LUMPUR (Bernama) -- Setelah dikejutkan dengan kes harian baharu COVID-19 melebihi lima ribu tiga hari berturut-turut, perkembangan kes koronavirus maut di Malaysia sedikit melegakan kerana angka kes harian yang menurun sedikit dan diimbangi dengan kes sembuh yang agak tinggi.
Hari ini Jumaat, 5 Februari, jumlah kes positif baharu direkod sebanyak 3,391 sementara kes sembuh pula sebanyak 3,392. Jumlah kumulatif kes pesakit yang pulih daripada COVID-19 kini sebanyak 185,278 atau 78.9 peratus.
Pada Isnin 1 Februari, negara mencatat kes sembuh sebanyak 4,280 berbanding kes baharu sebanyak 4,214.
KUALA LUMPUR, 4 Feb -- Grab hari ini melancarkan program di seluruh rantau ini yang bertujuan meningkatkan akses dan maklumat mengenai vaksin untuk semua pihak berkepentingan di platformnya selain menggalakkan semua penumpang, pemandu dan rakan kongsi penghantaran mendapatkan vaksin.
KUALA LUMPUR, 4 Feb -- Majlis Perabot Malaysia (MFC) mencadangkan beberapa langkah untuk menangani peningkatan kes COVID-19 dalam industri pembuatan perabot termasuk memperkenalkan “gelembung kerja” di kilang dan menempatkan warden dan unit peronda di penginapan pekerja.
Oleh Muhammad Basir bin Roslan
KUALA LUMPUR (Bernama) -- Kanser adalah punca kematian nombor satu dunia dan menurut tinjauan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada tahun 2018, penyakit itu ‘pembunuh’ keempat terbesar, di negara ini.
Kes kanser berterusan meningkat saban tahun, dengan hampir 60 peratus dikesan pada tahap yang sudah lewat, justeru menjejaskan kelangsungan hidup pesakit.
Untuk menentukan dengan tepat jenis kanser pesakit serta rawatan terbaik bagi mereka, doktor akan menggunakan pemetaan genom manusia bagi memeriksa ketumbuhan pada tahap genetik.
KUALA LUMPUR, 2 Feb -- World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) sedia menawarkan fasiliti dan perkhidmatannya sebagai pusat vaksinasi dalam usaha menyokong kerajaan untuk memvaksin 70 peratus penduduk di negara ini.
KUALA LUMPUR, 2 Feb -- Unit kepada Bintai Kinden Corporation Bhd iaitu Healthcare Sdn Bhd telah memeterai perjanjian pertamanya untuk membekalkan Greenie Medi Cold Chain Box (peti sejuk beku) yang direka untuk penyimpanan dan pengedaran vaksin COVID-19 di Malaysia.
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN