SENARAI BERITA

Vivantis Technologies Hasilkan Kit Ujian COVID-19, Penyelesaian Krisis Semasa

Oleh Nadia Jumri

KUALA LUMPUR (Bernama) -- Percaya atau tidak, sudah kira-kira setahun dunia bertungkus-lumus berusaha memerangi COVID-19 yang telah menjejaskan lebih 200 negara dan wilayah.

Di Malaysia, gelombang ketiga jangkitan virus itu telah meningkatkan jumlah kes kepada lebih 70,000 orang. Manakala di seluruh dunia pula virus itu menjangkiti kira-kira 65 juta orang dan menyebabkan 1.5 juta kematian.

Memandangkan virus ini sangat berbahaya, usaha menghasilkan kit ujian COVID-19 menjadi  keutamaan kepada syarikat bioteknologi tertentu yang bertanggungjawab dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) di Malaysia.


COVID-19: Empat Kluster Baharu, Kes Aktif Meningkat 196

Oleh Melati Mohd Ariff

Berikut adalah rangkuman TERKINI mingguan mengenai COVID-19 dan perkara yang berkaitan di Malaysia serta di peringkat dunia dari 8 Ogos hingga pukul 7:30 mlm 14 Ogos.

Jumlah kes COVID-19 di Malaysia melepasi angka 9,000 sementara di peringkat global, kes wabak ini mengatasi 20 juta dengan lebih 700,000 kematian. Lebih 14 juta orang pesakit COVID-19 dilaporkan sembuh. Pandemik COVID-19 sudah merebak ke lebih 200 buah negara dan wilayah.

KUALA LUMPUR (Bernama) -- Kes baharu COVID-19 sepanjang rangkuman mingguan ini banyak melibatkan kes import iaitu kes jangkitan di luar negara di samping empat kluster baharu iaitu Kurau (Pulau Pinang), Meranti (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur), Tawar (Kedah) dan terkini Muda (Kedah).

Daripada 20 kes baharu dilaporkan sehingga pukul 12.00 tengah hari Jumaat 14 Ogos, 13 kes adalah penularan dalam negara melibatkan warganegara Malaysia, iaitu Kluster Tawar Kedah (10 kes), Kluster Tawar Pulau Pinang (1 kes), Kluster Muda Kedah (1 kes) dan satu kes SARI (Jangkitan Pernafasan Akut Teruk).

Tujuh lagi adalah kes import (jangkitan di luar negara) , iaitu enam (6) melibatkan warganegara pulang dari Lubnan (3 kes), masing-masing satu dari Taiwan , Indonesia dan Yaman, sementara seorang bukan warganegara di Sarawak yang pulang dari Yaman.


COVID-19: Kluster Sivagangga Semakin Mengganas

Oleh Melati Mohd Ariff

Berikut adalah rangkuman TERKINI mingguan mengenai COVID-19 dan perkara yang berkaitan di Malaysia serta di peringkat dunia dari 1 Ogos hingga pukul 7:30 mlm 7 Ogos.

 Jumlah kes COVID-19 di Malaysia melepasi angka 9,000 sementara di peringkat global, kes wabak ini mengatasi 19 juta dengan lebih 700,000 kematian. Sekitar 12 juta orang pesakit COVID-19 dilaporkan sembuh. Pandemik COVID-19 sudah merebak ke lebih 200 buah negara dan wilayah.

 KUALA LUMPUR (Bernama) -- Kes penularan tempatan sepanjang rangkuman minggu ini didominasi Kluster PUI (Pesakit Bawah Siasatan) Sivagangga yang pertama kali dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada 28 Julai lepas.

Daripada 16 kes penularan tempatan yang dilaporkan sehingga pukul 12 tengah hari ini, 12 kes adalah daripada Kluster PUI Sivagangga, iaitu 10 kes di Perlis, satu (1) kes di Kedah dan satu (1) kes di Pulau Pinang.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan, setakat ini Kluster PUI Sivagangga mencatat 43 kes positif COVID-19.


Malaysia punyai seramai 71,041 doktor perubatan - Menteri Kesihatan

KUALA LUMPUR, 4 Ogos  -- Malaysia mempunyai seramai 71,041 doktor perubatan yang berkhidmat di sektor awam dan swasta dengan nisbah seorang doktor boleh memberi khidmat kepada 454 penduduk setakat ini, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.


Covid-19: Indonesia catat 139 lagi kematian dalam tempoh 24 jam, kes positif kini 91,751

JAKARTA, 22 Julai  -- Indonesia mencatatkan 139 lagi kematian akibat COVID-19 dalam tempoh 24 jam, angka tertinggi setakat ini, sejak kes kematian pertama dilaporkan pada 11 Mac.


Pencapaian KKM Jadi Perhatian Masyarakat Antarabangsa

Oleh Rohani Mohd Ibrahim

PUTRAJAYA (Bernama) -- Kejayaan Kementerian Kesihatan  Malaysia (KKM) mengawal penularan wabak COVID-19 sehingga peratus pesakit yang pulih kini menghampiri 98 peratus dan menjadi lima negara terbaik di dunia dalam mengawal wabak berkenaan, menjadi  perhatian banyak pihak.

Pernah mencatatkan kes aktif COVID-19 dengan kebolehjangkitan sebanyak empat angka pada satu masa, kini jumlahnya berada pada tahap sekitar 100.

Pencapaian memberangsangkan KKM membolehkan semua sekolah dibuka menjelang penghujung Julai ini dan sebahagian penuntut institusi pengajian tinggi awam dan swasta untuk kembali ke kampus pada masa yang sama.


Lendlease terima pengiktirafan atas komitmen dalam kesihatan dan keselamatan pekerjaan

KUALA LUMPUR, 14 Julai  -- Kumpulan syarikat hartanah dan infrastruktur, Lendlease Malaysia (Lendlease), telah dianugerahkan sijil pengiktirafan Lima Bintang kerana melaksanakan Prinsip pencegahan dalam reka bentuk untuk keselamatan, pada pelancaran Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Nasional (Minggu OSH).


COVID-19: Lindungi hak dan kesihatan wanita serta gadis - KPWKM

KUALA LUMPUR, 11 Julai  -- Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menggesa semua pihak bersikap lebih prihatin tentang isu dan cabaran kependudukan di negara ini, terutamanya yang melibatkan golongan wanita dan gadis.


TM bantu pasang penyaring suhu digital di sekolah

KUALA LUMPUR, 23 Jun -- Telekom Malaysia Berhad (TM) menjalin kerjasama dengan Kementerian Pendidikan bagi memasang penyelesaian saringan kesihatan digital pintar untuk membantu pihak pentadbiran sekolah menyaring suhu badan pelajar tanpa sentuh dengan pantas dan tepat. 


Saringan COVID-19 tetap berjalan walaupun kes satu digit - KP Kesihatan

PUTRAJAYA, 10 Jun -- Kementerian Kesihatan (KKM) akan tetap melaksanakan saringan COVID-19 meskipun jumlah kes positif harian kekal satu digit dalam tempoh tiga hari berturut-turut.
 




HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2