SENARAI BERITA

Doktor Hamil Cekal Berkhidmat Di Unit COVID-19 Semasa PKPB

Oleh Soon Li Wei

KUALA LUMPUR (Bernama) -- "Disahkan hamil dan bakal menimang cahaya mata" menjadi impian kebanyakan wanita yang sudah bergelar isteri dan sudah tentunya sang suami turut berdebar menanti hari kelahiran bayi mereka.

Namun bagi Dr Yap Choon Fong, 30, yang berasal dari Taiping, Perak, perasaannya bercampur baur antara gembira dan risau apabila beliau disahkan mengandung pada bulan April lalu, iaitu enam bulan selepas mendirikan rumah tangga.

Apatah tidaknya, mengandung ketika pandemik COVID-19 sedang melanda di negara ini bukannya sesuatu perkara yang mudah, ditambah pula ketika itu beliau baru sahaja ditugaskan di Unit COVID-19, di sebuah klinik kesihatan di Bukit Mertajam.


Vaksin mampu tangani mutasi virus COVID-19 - Pakar

KUALA LUMPUR, 5 Jan -- “Sekiranya virus COVID-19 bermutasi, insya-Allah, vaksin yang dicorakkan oleh saintis masih lagi berkesan,” demikian menurut seorang pakar bagi menjawab persoalan sama ada perlu mencipta vaksin baharu sekiranya virus itu bermutasi.


COVID-19: Malaysia kembali catat lebih 2,000 kes positif baharu - KP Kesihatan

KUALA LUMPUR, 5 Jan -- Malaysia kembali merekodkan lebih 2,000 kes harian baharu COVID-19 dengan 2,027 kes dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes positif di negara ini sebanyak 122,845 kes.


Vaksin COVID-19 selamat, tiada kesan sampingan jangka panjang - MOSTI

KUALA LUMPUR, 4 Jan -- Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menegaskan  vaksin COVID-19 yang akan diguna pakai nanti tidak memberi kesan sampingan memudaratkan  kepada kesihatan untuk jangka masa panjang.   


Klinik swasta P.Pinang tawar khidmat suntikan vaksin COVID-19

GEORGE TOWN, 4 Jan -- Kira-kira 100 klinik swasta di bawah Persatuan Pengamal Perubatan Swasta Pulau Pinang (PMPS) sedia menawarkan khidmat suntikan vaksin COVID-19 secara percuma kepada penduduk di negeri ini.


Pakai pelitup muka, memasuki 2021 dengan norma baharu

Oleh S. Kisho Kumari

KUALA LUMPUR, 31 Dis -- Melindungi diri dengan memakai pelitup muka, dilengkapi dengan pembasmi kuman tangan, dan mungkin dengan latar belakang muzik “Menyayangimu Dari Jauh”, kita menuju ke arah 365 hari yang baharu.


Terapi AntiRetroviral (ART) Boleh Bantu Penghidap HIV Hidup Lebih Produktif

Oleh Nadia Jumri

KUALA LUMPUR (Bernama) -- Apabila bercakap tentang virus kurang daya tahan manusia atau human immunodeficiency virus (singkatan HIV), kita juga sedia maklum bahawa salah satu cara ia boleh menyebabkan jangkitan kepada manusia ialah melalui transmisi seksual.

Bagaimanapun, baru-baru ini, menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), transmisi seksual terutamanya antara lelaki yang mengadakan hubungan seks dengan lelaki (MSM) menyumbang jumlah jangkitan HIV tertinggi di Malaysia.

Angka direkod KKM sebanyak 3,564 jangkitan HIV terbaharu dilaporkan pada tahun 2019, dan 94 peratus daripadanya berpunca daripada transmisi seksual.


UniSZA akan wujudkan pusat kajian penyakit berjangkit dalam masa terdekat

KUALA TERENGGANU, 25 Dis -- Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) akan menubuhkan Pusat Kajian Penyakit Berjangkit di bawah Fakulti Perubatan dalam masa terdekat.


Ta Win muktamadkan pengambilalihan kepentingan 32.5 peratus dalam Royce Pharma

KUALA LUMPUR, 24 Dis  -- Subsidiari penjagaan kesihatan milik syarikat pembuat produk tembaga, Ta Win Holdings Bhd iaitu Ta Win Copper Biohealth Sdn Bhd (TWCB), telah menyempurnakan pengambilalihan kepentingan ekuiti sebanyak 32.5 peratus dalam Royce Pharma Manufacturing Sdn Bhd sebanyak pada harga RM20.85 juta. 


UPM, PNT Research bekerjasama hasilkan antioksidan berasas mikroalga

KUALA LUMPUR, 21 Dis  -- Universiti Putra Malaysia (UPM) dan PNT Research Sdn Bhd hari ini memeterai perjanjian kerjasama untuk menghasilkan produk antioksidan diekstrak daripada mikro alga  yang dapat membantu meningkatkan sistem imun pengguna, mengurangkan risiko penyakit kronik dan penuaan.




HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2