SENARAI BERITA

HFMD: Tiada keperluan untuk tutup semua sekolah

KOTA KINABALU, 1 Ogos (Bernama) -- Tiada keperluan untuk menutup semua sekolah di seluruh negara bagi mengawal penularan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di negara ini biarpun jumlah kes meningkat, kata Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad hari ini.


33,000 pesakit diabetes di klinik kesihatan kerajaan KL dan Putrajaya

KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) -- Penduduk di kawasan bandar perlu mengubah gaya hidup dan pengambilan makanan mereka berikutan statistik klinik-klinik kesihatan kerajaan sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya menunjukkan terdapat 33,000 pesakit diabetes di kawasan itu, kata Ahli Lembaga Diabetes Malaysia, Dr S Inthirani.

HFMD: Tiada keperluan untuk laksana intervensi

KOTA KINABALU, 1 Ogos (Bernama) -- Tiada keperluan untuk melaksanakan intervensi bagi mengawal penularan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di negara ini biarpun jumlah kes meningkat, kata Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad hari ini.

120 kes HFMD direkodkan di Tawau setakat Julai ini

TAWAU, 1 Ogos (Bernama) -- Jabatan Kesihatan Tawau merekodkan 120 kes penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD) di daerah ini melibatkan kanak-kanak di prasekolah serta sekolah rendah.


Ambil Serius Langkah Pencegahan HFMD

Oleh Ainul Huda Mohamed Saaid KUALA LUMPUR Bernama) -- Orang ramai perlu memberi perhatian serius kepada saranan pihak berkuasa kesihatan agar mengambil langkah berjaga-jaga dan bertindak sewajarnya terhadap penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) berikutan penularannya ke seluruh negara pada kadar yang membimbangkan. Tahun ini sahaja, dua kes kematian berkaitan penyakit itu dilaporkan di Pulau Pinang dan Sarawak baru-baru ini. Pada 28 Julai, seorang kanak-kanak berusia dua tahun setengah yang disyaki akibat HFMD meninggal dunia di Sarawak. Kanak-kanak yang berasal dari Kampung Pangray, Daro di Mukah itu mengalami demam pada 24 Jun dengan gejala ruam di telapak tangan dan kaki, serta ulser mulut keesokan harinya. Di Pulau Pinang, seorang bayi lelaki berusia 17 bulan disahkan menjadi mangsa korban pertama wabak HFMD pada Jun lalu. Kanak-kanak itu dimasukkan ke sebuah hospital swasta pada 3 Jun setelah mengalami selesema, masalah pernafasan dan ulser mulut tetapi keadaannya semakin teruk. Ujian mendapati kanak-kanak itu meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru kerana komplikasi daripada Enterovirus 71 (EV 71), yang menyebabkan HFMD. Sehingga artikel ini, ditulis sejumlah 39,408 kes penyakit itu direkodkan di seluruh negara pada tahun ini sejak 1 Jan hingga 29 Julai.

HFMD: Jabatan Kesihatan Melaka keluar arahan disinfeksi

MELAKA, 31 Julai (Bernama) -- Jabatan Kesihatan Negeri Melaka mengeluarkan arahan disinfeksi di semua tempat awam termasuk pasar raya, klinik, hospital dan taska di seluruh negeri ini sebagai langkah pencegahan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).

UMSC fokus usaha bina jenama

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Pusat Pakar Perubatan Universiti Malaya (UMSC) menyasarkan platform pameran dan persidangan berkaitan kesihatan sebagai sebahagian daripada strategi mempromosi jenamanya.


Hapuskan stigma terhadap pesakit kesihatan mental - Dr Dzulkefly

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Masyarakat perlu mengikis stigma terhadap mereka yang mendapatkan kaunseling atau rawatan berhubung masalah kesihatan mental, kata Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad.


Semua pusat jagaan kanak-kanak di Kedah diminta kerap buat pemeriksaan HFMD

ALOR SETAR, 31 Julai (Bernama) -- Semua tadika, taska, pusat asuhan kanak-kanak dan guru sekolah di Kedah diminta melakukan pemeriksaan lebih kerap terhadap bayi dan kanak-kanak yang dihantar bagi memastikan mereka bebas daripada penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).


Lebih 600 kes Tibi di Negeri Sembilan tahun lepas

TAMPIN, 31 Julai (Bernama) -- Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan merekodkan sebanyak 631 kes penyakit Tuberculosis (Tibi) dengan 43 kematian pada tahun lepas, kata Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan S. Veerapan.



HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018