SENARAI BERITA

HQE perintis projek rekod penjagaan kesihatan elektronik

KOTA KINABALU, 27 Julai (Bernama) -- Hospital Queen Elizabeth (HQE) di sini menjadi perintis Projek Rekod Penjagaan Kesihatan Elektronik (EHR) Helium, iaitu sistem kesihatan elektronik bagi mengubah pengendalian dan pengurusan fail tradisional kepada digital.

Cegah Kemurungan Lebih Awal

Oleh Kurniawati Kamarudin KUALA LUMPUR (Bernama) --  Kejadian kononnya seorang ibu mahu membunuh diri bersama-sama dua anaknya dengan mengurungkan diri di dalam kereta yang dihidupkan enjin, tular di media sosial baru-baru ini. Video itu memaparkan usaha orang ramai menyelamatkan tiga beranak itu di tepi sebuah jambatan di Batu Pahat, Johor. Rata-rata netizen memberi komen bahawa ada kalangan masyarakat mudah bertindak di luar batasan akal akibat tekanan emosi. Dan, tekanan emosi boleh membawa kepada kes bunuh diri. Ia menjadi isu global yang semakin serius apabila Pertubuhan Kesihatan Sedunia menyenaraikan bunuh diri sebagai antara 10 penyebab utama kematian di dunia.

24 kanak-kanak dijangkiti HFMD di Pulau Pinang masih dirawat

GEORGE TOWN, 26 Julai (Bernama) -- Seramai 24 kanak-kanak yang dijangkiti penyakit tangan kaki dan mulut (HFMD) di Pulau Pinang masih menerima rawatan di beberapa buah hospital termasuk hospital swasta di negeri itu.


Lebih 2,000 kes HFMD di Johor setakat 21 Julai

JOHOR BAHRU, 26 Julai (Bernama) -- Sebanyak 2,215 kes penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD) direkodkan di Johor setakat 21 Julai lalu, meningkat 37 peratus daripada 1,607 kes yang dicatat dalam tempoh sama, tahun lepas.


22 kes HFMD di Semporna, tiga premis diarah tutup

SEMPORNA, 26 Julai (Bernama) -- Dua puluh dua kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dikesan di Semporna, kata Pegawai Kesihatan Daerah Semporna, Dr Shameer Khan Sulaiman.

Jangkitan HFMD di Selangor di tahap berjaga-jaga

SHAH ALAM, 26 Julai (Bernama) -- Jangkitan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di Selangor berada pada tahap berjaga-jaga dengan 9,300 kes dicatat sejak Januari sehingga minggu lepas, kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita dan Keluarga negeri, Dr Siti Mariah Mahmud.


325,830 wanita terima vaksin HPV setakat Jun 2018

KUALA LUMPUR, 26 Julai (Bernama) -- Seramai 325,830 wanita telah menerima vaksinasi 'Human Papillomavirus' (HPV) secara percuma sehingga Jun 2018, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.


HFMD: Pahang catat 155 kes

KUANTAN, 26 Julai (Bernama) -- Sebanyak 155 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) direkodkan di Pahang, melibatkan tujuh buah sekolah.

Remaja: 16 peratus buli, 13 peratus merokok, 7 peratus seksual, 6 peratus cuba bunuh diri - kajian

KUALA LUMPUR, 26 Julai (Bernama) -- Kajian Kementerian Kesihatan mendapati 16 peratus remaja negara ini terlibat dalam buli, 13 peratus merokok, tujuh peratus tingkah laku seksual dan enam peratus cubaan bunuh diri.


HFMD: Majikan diminta beri kelonggaran kepada pekerja

KUALA LUMPUR, 26 Julai (Bernama) -- Kerajaan meminta kerjasama semua majikan termasuk sektor swasta untuk memberi kelonggaran kepada pekerja sekiranya anak mereka disahkan menghidap penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).



HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018