Oleh Ainul Huda Mohamed Saaid KUALA LUMPUR Bernama) -- Orang ramai perlu memberi perhatian serius kepada saranan pihak berkuasa kesihatan agar mengambil langkah berjaga-jaga dan bertindak sewajarnya terhadap penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) berikutan penularannya ke seluruh negara pada kadar yang membimbangkan. Tahun ini sahaja, dua kes kematian berkaitan penyakit itu dilaporkan di Pulau Pinang dan Sarawak baru-baru ini. Pada 28 Julai, seorang kanak-kanak berusia dua tahun setengah yang disyaki akibat HFMD meninggal dunia di Sarawak. Kanak-kanak yang berasal dari Kampung Pangray, Daro di Mukah itu mengalami demam pada 24 Jun dengan gejala ruam di telapak tangan dan kaki, serta ulser mulut keesokan harinya. Di Pulau Pinang, seorang bayi lelaki berusia 17 bulan disahkan menjadi mangsa korban pertama wabak HFMD pada Jun lalu. Kanak-kanak itu dimasukkan ke sebuah hospital swasta pada 3 Jun setelah mengalami selesema, masalah pernafasan dan ulser mulut tetapi keadaannya semakin teruk. Ujian mendapati kanak-kanak itu meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru kerana komplikasi daripada Enterovirus 71 (EV 71), yang menyebabkan HFMD. Sehingga artikel ini, ditulis sejumlah 39,408 kes penyakit itu direkodkan di seluruh negara pada tahun ini sejak 1 Jan hingga 29 Julai.
MELAKA, 31 Julai (Bernama) -- Jabatan Kesihatan Negeri Melaka mengeluarkan arahan disinfeksi di semua tempat awam termasuk pasar raya, klinik, hospital dan taska di seluruh negeri ini sebagai langkah pencegahan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).
KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Pusat Pakar Perubatan Universiti Malaya (UMSC) menyasarkan platform pameran dan persidangan berkaitan kesihatan sebagai sebahagian daripada strategi mempromosi jenamanya.
KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Masyarakat perlu mengikis stigma terhadap mereka yang mendapatkan kaunseling atau rawatan berhubung masalah kesihatan mental, kata Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad.
ALOR SETAR, 31 Julai (Bernama) -- Semua tadika, taska, pusat asuhan kanak-kanak dan guru sekolah di Kedah diminta melakukan pemeriksaan lebih kerap terhadap bayi dan kanak-kanak yang dihantar bagi memastikan mereka bebas daripada penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).
TAMPIN, 31 Julai (Bernama) -- Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan merekodkan sebanyak 631 kes penyakit Tuberculosis (Tibi) dengan 43 kematian pada tahun lepas, kata Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan S. Veerapan.
KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Premis penjagaan kanak-kanak yang mencatat kekerapan kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) luar biasa boleh diambil tindakan, kata Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad.
KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Sebuah Badan Penyiasatan Bebas ditubuhkan bagi menyiasat isu gangguan seksual terhadap pegawai perubatan siswazah oleh seorang ketua jabatan di sebuah hospital, kata Menteri Kesihatan Datuk Dr Dzulkefly Ahmad.
SEREMBAN, 30 Julai (Bernama) -- Kes wabak penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di Negeri Sembilan dilaporkan meningkat 186.2 peratus dengan mencatatkan 1,634 kes sejak Januari hingga hari ini, menurut exco kesihatan negeri, S. Veerapan.
KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Kementerian Kesihatan (KKM) sedang menjalankan siasatan rapi berhubung laporan aktiviti gangguan seksual ketua jabatan ortopedik sebuah hospital di Lembah Klang, kata Menterinya, Dr Dzulkefly Ahmad.
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN