KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) -- Influenza, sejenis penyakit berjangkit yang boleh menimbulkan pelbagai komplikasi dan membawa kematian, tidak harus dipandang ringan kerana ancamannya sentiasa wujud terhadap kumpulan berisiko tinggi termasuk kanak-kanak dan warga tua.
SEREMBAN, 20 Julai (Bernama) -- Seorang individu dikatakan menghidap sakit kulit kronik selepas terkena sengatan ulat bulu laut di Port Dickson yang tular di laman sosial dan aplikasi WhatsApp beberapa hari lepas adalah tidak benar, menurut Jabatan Perikanan Malaysia.
KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) -- Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan sehingga kini tiada sebarang penutupan sekolah mahupun kelas di Selangor akibat jangkitan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).
LABUAN, 20 Julai (Bernama) -- Sebanyak 246 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dicatat di Labuan dari Januari hingga pertengahan Jun tahun ini, dengan dua tadika dan sebuah pusat jagaan kanak-kanak diarahkan tutup, menurut Jabatan Kesihatan Labuan.
KUALA LUMPUR, 19 Julai (Bernama) -- Rakyat Malaysia perlu mengikis stigma sosial terhadap mereka yang menghidap masalah kesihatan mental tetapi sebaliknya perlu meningkatkan pemahaman mengenai kesihatan mental.
GEORGE TOWN, 19 Julai (Bernama) -- Kerajaan Pulau Pinang hari ini menafikan dakwaan ada kematian disebabkan wabak penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di negeri itu setakat ini.
KUALA LUMPUR, 19 Julai (Bernama) -- Pusat Perubatan Tropicana kini dinamakan secara rasmi sebagai Hospital Thomson Kota Damansara (THKD), berikutan majlis penjenamaan semula dan kerja akhir cerucuk pada pembangunannya, semalam.
KUALA LUMPUR,19 Julai (Bernama) -- Beberapa inisiatif baharu akan dilaksana untuk memendekkan tempoh menunggu graduan perubatan bagi menjalani latihan siswazah (housemanship) termasuk menambah bilangan hospital latihan siswazah, kata Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad.
Oleh Cecilia Jeyanthi Victor KUALA LUMPUR (Bernama) -- Pengamal perubatan adalah golongan profesional yang amat disegani yang bekerja keras untuk menyelamatkan nyawa serta memberi rawatan kepada mereka yang sakit Bagaimanapun, mereka juga juga manusia biasa yang boleh melakukan kesilapan. Sebarang kesilapan dalam membuat keputusan atau kecuaian boleh menyebabkan mereka berdepan dengan tuntutan saman yang besar. Risiko ini yang menyebabkan doktor sering diingatkan supaya mempunyai perlindungan pengamal perubatan bagi melindungi mereka sekiranya berdepan dengan tuntutan saman akibat kecuaian atau perlanggaran tugas. Berdasarkan pindaan yang dibuat pada 2017 ke atas Akta Perubatan (Pindaan) 2012 dan Peraturan Perubatan 2017, para doktor perlu mempunyai insurans perlindungan profesional serta menghadiri kursus pendidikan bagi meningkatkan tahap kemahiran mereka sebelum boleh memperbaharui sijil pengamal perubatan.
Oleh Ainul Huda Mohamed Saaid KUALA LUMPUR (Bernama) -- Pensyarah yang mahu dikenali sebagai Christina menghidapi epilepsi sejak sedekad yang lalu. Wanita berusia 38 tahun itu adalah antara 1 peratus keseluruhan penduduk Malaysia yang didiagnosis dengan penyakit itu yang menyebabkan penghidapnya mengalami konvulsi epilepsi, yang dianggap sesuatu yang negatif berkaitan kerasukan. Di seluruh dunia, kira-kira 50 juta orang menghidapi epilepsi dengan 80 peratus daripada kes itu dilaporkan berlaku di negara-negara membangun termasuk Malaysia. Walaupun kadar penghidap penyakit itu agak meluas di negara ini, namun, tahap kesedaran tentang epilepsi masih rendah dalam kalangan orang ramai. Christina mendapati orang ramai sukar memahami keadaan sebenar dirinya dan berpendapat kurang kefahaman mengenai epilepsi boleh mendatangkan bahaya berikutan salah tanggapan terhadap pesakit berkenaan.
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN